David Moyes akhirnya dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Alex Ferguson.
Pengumuman mengenai pemecatan Moyes dibuat menerusi saluran sosial Twitter United oleh pihak kelab pada Selasa.
"Manchester United mengumumkan bahawa David moyes telah meninggalkan kelab.
"Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepadanya kerana telah berkerja keras, jujur serta amanah dalam menjalankan tugas," jelas United.
Berita mengenai pemecatan Moyes hadir sehari selepas laporan media British melaporkan mengenai penguguran jurulatih yang berasal dari Scotland itu.
Semasa mengendalikan United pada musim ini, jurulatih berusia 50 tahun itu hanya mampu meletakkan United di kedudukan ketujuh carta Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan terakhir, pasukan kendalian Moyes dikecewakan Everton 2-0 dan kekalahan itu menyebabkan United terpaksa melupakan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun depan.
Bekas pemain United yang merupakan penolong jurulatih ketika ini iaitu Ryan Giggs dan Nicky Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan itu yang akan menentang Norwich City pada Sabtu ini.
Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun.
sumber
Slider
Recent Tube
"
});
liga super
epl
harimau malaya
piala fa
liga juara juara
Gallery
Thursday, April 24, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pemain tengah Kelantan, Brendan Gan kini hanya memerlukan kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia FIFA untuk membolehkan dia mewakil...
-
Selepas mengharungi cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berd...
-
Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelangang sendiri apabila seri 3-3 kepada Felda United pada aksi separuh akhir pertama sainga...
-
Tan Wee Kiong / Goh V Shem muncul penyelamat negara apabila berjaya menyumbang mata kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Korea Selat...
No comments:
Post a Comment