Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Monday, April 28, 2014

Hoki Cabaran Juara-Juara 1: Malaysia tewas 2-3 kepada Perancis

Malaysia menerima tamparan hebat pada kempen Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila kalah 3-2 kepada Perancis pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan malam tadi.

Perancis, yang menduduki ranking ke-17 dunia, bermula garang apabila Olivier Sanchez membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ke-34 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan usaha sebaik sahaja bermula babak kedua sebelum menyamakan kedudukan menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-44.

Enam minit kemudian, Malaysia merampas kedudukan pendahulu menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari pada minit ke-50.

Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabila Perancis menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Victor Charlet pada minit ke-53.

Selang tiga minit kemudian, Hugo Genestet muncul wira apabila mengesahkan kemenangan Perancis dengan jaringan penalti strok pada minit ke-64.

Jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, nasib tidak menyebelahi pasukannya yang menduduki ranking ke-13 dunia.

sumber

No comments:

Post a Comment