Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Tuesday, April 29, 2014

Brendan Gan bakal sertai skuad Harimau Malaya

Pemain tengah Kelantan, Brendan Gan kini hanya memerlukan kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia FIFA untuk membolehkan dia mewakili Malaysia.

Setiausaha Agung Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Persatuan Bola Sepak Australia sudahpun memberi maklum balas rasmi terhadap bekas pemain Sydney FC itu.

"Kita telah buat permintaan daripada Australia dan mereka sudah mengesahkan bahawa pemain ini tidak mewakili mana-mana pasukan. "Kita akan menghantar kepada FIFA untuk mendapatkan kelulusan akhir," katanya.

Pemain berusia 25 tahun ini didaftarkan sebagai pemain tempatan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika jendela perpindahan kedua liga bulan ini, selepas berjaya mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Sebelum ini, Brendan turut menyuarakan kesedian untuk mewakili skuad kebangsaan yang kini dibimbing jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

No comments:

Post a Comment