Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Tuesday, April 29, 2014

Arsenal kukuh peluang beraksi pada Liga Juara-Juara

Arsenal mengekalkan rentak kemenangan sekaligus mengukuhkan peluang mereka untuk beraksi pada Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Newcastle United 3-0 awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal berada di tempat keempat liga (73 mata) dengan jurang empat mata ke atas Everton yang menghuni tangga kelima (69 mata).

Dengan berbaki dua lagi perlawanan, Arsenal semakin hampir untuk layak ke pertandingan utama di Eropah itu buat 17 tahun berturut-turut.

Setelah menguasai permainan sejak awal permainan, Arsenal menemui rentak jaringan selepas Laurent Koscileny pantas menolak masuk bola sepakan percuma Santi Cazorla pada minit ke-26.

Penyerang The Gunners, Lukas Podolski kemudian berpeluang menggandakan jaringan namun tandukan padunya ditepis keluar penjaga gol Newcastle, Tim Krul.

Arsenal menemui jaringan kedua menerusi pemain termahalnya, Mesut Ozil pada minit ke-42 selepas merembat bola muntah hasil dua percubaan Olivier Giroud.

Pemain antrabangsa Jerman itu turut membantu Arsenal dalam gol ketiga apabila hantaran lintangnya tepat ke arah Giroud yang mudah melakukan tandukan dari jarak dekat pada minit ke-66.

Arsenal selepas ini hanya memerlukan satu lagi kemenangan bagi mengesahkan kedudukannya untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara.

Everton pula terpaksa mengharapkan Arsenal tewas kedua-dua perlawanan dan perlu menang baki dua perlawanan termasuk menentang Manchester City pada Sabtu.

Selain melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, Arsenal juga mengharapkan agar mereka dapat menjulang trofi pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Pasukan bimbingan Arsene Wenger itu akan berdepan Hull City pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 17 Mei ini. – AP

No comments:

Post a Comment