Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Thursday, May 22, 2014

Malaysia juara kumpulan C, kalahkan Korea Selatan 3-2

Tan Wee Kiong / Goh V Shem muncul penyelamat negara apabila berjaya menyumbang mata kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Korea Selatan 3-2 sekali gus muncul juara Kumpulan C kempen kelayakan Piala Thomas 2014 di New Delhi, India malam tadi.

Ternyata percaturan jurulatih beregu lelaki Malaysia, Pang Cheh Chang mengekalkan gandingan tersebut selaku beregu kedua negara membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyumbang mata ketiga dengan menewaskan  Kim Sa Rang/Kim Ki Jung 21-17 dan 21-19.

Lebih manis, kejayaan tersebut berjaya mencalarkan reputasi beregu Korea Selatan yang sebelum ini ternyata mantap dalam acara tersebut.

Bagaimanapun yang paling utama adalah kemenangan ke atas Korea membolehkan pasukan negara mengelak daripada bertemu seteru utama, China dan Indonesia pada suku akhir nanti, sebaliknya kita akan berdepan naib juara Kumpulan sama ada, Thailand, Denmark atau Perancis.

Terdahulu, Chong Wei membolehkan Malaysia bermula langkah kanan apabila mengutip mata pertama dengan menundukkan Son Wan Ho 21-17 dan 21-17.

Bagaimanapun, rentak cemerlang tersebut gagal diteruskan beregu pertama negara, Tan Boon Heong / Hoon Thien How apabila mereka tewas kepada Yoo Yeon Seong / Lee Yong Dae  19-21 dan 19-21 bagi memberi kedudukan terikat 1-1.

Pemain perseorangan kedua, Chong Wei Feng kembali menceriakan kem negara apabila mengutip mata kedua hasil kejayaan menumbangkan Lee Dong Keun dalam satu persaingan sengit yang berkesudahan 19-21, 21-17 dan 21-14.

Kejayaan itu nyata menyuntik semangat Wee Kiong/V Shem apabila mengesahkan kemenangan dengan mata ketiga selepas menewaskan beregu Korea.

Goh Soon Huat yang turun buat kali pertama dengan menggantikan kapten negara, Liew Daren bagi melengkapkan jadual perlawanan dalam perseorangan ketiga, gagal menambah mata selepas tumpas 21-23 dan 21-15 kepada Soo Hwang Jong.

sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment