Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Saturday, March 29, 2014

F1 Sepang: Hamilton sambar petak pertama

Selepas mengharungi cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berdepan dengan litar basah ketika saingan kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu.

Perlumbaan kelayakan yang sepatutnya berlangsung pukul 4 petang terpaksa ditangguhkan hampir 50 minit berikutan hujan lebat.

Acara yang bersambung selepas itu menyaksikan pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton sekali lagi meraih petak pertama selepas GP Australia dua minggu lalu dengan mencatat 1.57.202s pada saingan ketiga kelayakan ini.

Aksi konsisten Hamilton dan rakannya, Nico Rosberg sejak sesi latihan bebas sebelum ini meletakkan mereka dalam kedudukan selesa menjelang perlumbaan akhir yang akan berlangsung petang Ahad.

Manakala Rosberg yang merangkul trofi pertama musim ini di Australia baru-baru ini menamatkan saingan akhir kelayakan di petak ketiga biarpun pada sesi kelayakan pertama pelumba kelahiran Jerman menamatkan saingan di kedudukan pertama.

Manakala pelumba Infiniti Red Bull, Sebastian Vettel diapit oleh kedua-dua perlumba Mercedes untuk berada di petak kedua selepas mencatat masa kelayakan ketiga dengan 1:57.654s.

Sementara itu, kejayaan berada di petak pertama kali ini merupakan rekod ke- 33 Hamilton sekaligus menyamai rekod pelumba legenda British Jim Clark sejak 1964.

Clark berjaya memperolehi petak pertama dengan jumlah tersebut menerusi 73 perlumbaan, manakala Hamilton sebanyak 131 saingan.

Keputusan Penuh Perlumbaan Kelayakan:

1. Lewis Hamilton-Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431

2. Sebastian Vettel -Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486

3. Nico Rosberg-Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050

4. Fernando Alonso-Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22

5. Daniel Ricciardo -Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541

6. Kimi Räikkönen -Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218

7. Nico Hulkenberg -Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712

8. Kevin Magnussen-McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213

9. Jean-Eric Vergne-STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.07

10. Jenson Button-McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053

11. Daniil Kvyat-STR-Renault 2:01.175 2:02.351

12. Esteban Gutierrez-Sauber-Ferrari 2:01.134 2:02.369

13. Felipe Massa-Williams-Mercedes 2:00.047 2:02.460

14. Sergio Perez-Force India-Mercedes 2:00.076 2:02.511

15. Valtteri Bottas-Williams-Mercedes 1:59.709 2:02.756

16. Romain Grosjean-Lotus-Renault 2:00.202 2:02.885

17. Pastor Maldonado-Lotus-Renault 2:02.074

18. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 2:02.131

19. Jules Bianchi-Marussia-Ferrari 2:02.702

20. Kamui Kobayashi-Caterham-Renault 2:03.598

21. Max Chilton Marussia-Ferrari 2:04.388

22. Marcus Ericsson-Caterham-Renault 2:04.407

sumber

No comments:

Post a Comment