Peluang FC Barcelona merebut kejuaraan La Liga Sepanyol semakin kabur selepas sekadar seri 2-2 dengan kelab bawahan Getafe CF dalam perlawanan liga di Nou Camp pada Sabtu.
Ketika peluang mengutip tiga mata depan penyokong sendiri tampak cerah, namun gol minit-minit akhir pemain Getafe Lafita Castillo telah memusnahkan peluang kelab 'The Catalan' mengutip mata penuh.
Dalam perlawanan berkenaan, Barca dua kali mendahului perlawanan apabila pemain berasal dari Argentina Lionel Messi berjaya meletak tuan rumah di depan pada minit ke-23 hasil hantaran dari Dani Alves. Namun kedudukan menjadi 1-1 apabila Lafita Castillo menyamakan kedudukan pada minit ke-37.
Memasuki babak kedua, Barca sekali lagi berada di hadapan 2-1 hasil jaringan berasal dari Chile, Alexis Sanchezpada pada minit ke-67. Namun Lafita Castillo terus menjadi duri dalam daging pasukan tuan rumah apabila sekali lagi menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki minit kecederaan sekaligus memberikan anak buah Gerardo Martino membawa pulang satu mata.
Keputusan perlawanan ini tambah menyulitkan Barca mengejar Atletico Madrid yang kini berada di tangga teratas dengan kutipan 88 mata dan masih berkelebihan satu perlawanan.
Atletico Madrid mengumpul 88 mata, lebih empat mata di hadapan Barcelona, manakala di tangga ketiga liga, Real Madrid mengumpul 82 mata dengan berkelebihan satu perlawanan.
Sementara itu bagi Getafe, walaupun perlawanan berakhir dengan seri namun masih kurang selamat daripada zon penyingkiran. Kelab kendalian Cosmin Contra itu kini mengutip 36 mata dan hanya dua mata di atas zon penyingkiran.
Slider
Recent Tube
"
});
liga super
epl
harimau malaya
piala fa
liga juara juara
Gallery
Sunday, May 4, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pemain tengah Kelantan, Brendan Gan kini hanya memerlukan kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia FIFA untuk membolehkan dia mewakil...
-
Selepas mengharungi cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berd...
-
Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelangang sendiri apabila seri 3-3 kepada Felda United pada aksi separuh akhir pertama sainga...
-
Tan Wee Kiong / Goh V Shem muncul penyelamat negara apabila berjaya menyumbang mata kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Korea Selat...
No comments:
Post a Comment