Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Friday, May 2, 2014

Malaysia kejutkan New Zealand 3-2 untuk layak ke separuh akhir

Cuaca panas mencecah suhu 34'c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Kuantan semalam.

Tiket ke separuh akhir itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 4-4 selepas masa penuh perlawanan.

Malaysia akan menentang Kanada pada separuh akhir hari ini.

Kanada menempah slot separuh akhir selepas mengalahkan Poland 3-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam pada itu, New Zealand, yang menduduki ranking keenam dunia, bermula garang apabila Steve Edwards dengan mudah merobek benteng pertahanan negara menerusi jaringan padang seawal minit keempat.

Namun kegembiraan pasukan 'The Black Sticks' itu tidak kekal lama apabila Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh kapten Azlan Misron pada minit ke-21.

Gol penyamaan itu ternyata meniup semangat barisan pemain negara apabila dua minit kemudian, Malaysia mendahului 2-1 menerusi jaringan Muhammad Shahril Saabah sebelum Mohd Fitri Saari terus menghukum New Zealand menerusi gol ketiga pada minit ke-24.

Muhammad Shahril kemudianya menjaringkan gol keempat negara menerusi gol padang pada minit ke-31 untuk mendahului 4-1 pada babak pertama perlawanan.

Bagaimanapun, New Zealand bangkit pada babak kedua dengan permainan yang lebih pantas untuk mengasak kubu lawan dan menggunakan sepenuhnya percubaan pukulan sudut penalti untuk menyamakan kedudukan.

Pakar pukulan sudut penalti Andy Hayward menyelamatkan maruah skuad New Zealand apabila melakukan jaringan hatrik pada ke-45, 60 dan minit ke-70 untuk mengheret perlawanan ke pusingan penentuan pukulan penalti.

Dalam lima percubaan pukulan penalti, Malaysia menyempurnakan tiga menerusi Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd Fitri Saari manakala New Zealand oleh Hugo Inglis dan Blair Hilton.

Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah menyifatkan kemenangan luar dugaan itu adalah hasil semangat juang yang tinggi oleh anak didiknya serta mengikut strategi yang dirancang.

"Kita semua tahu New Zealand mempunyai ketajaman dalam melakukan pukulan sudut penalti namun kita berjaya menyelamatkan beberapa cubaan yang telah dilakukan oleh pasukan tersebut," katanya.

"Selepas kedudukan selesa babak pertama, kita mahu mempertahankan jaringan dengan bermain secara defensif pada babak kedua kerana sudah pasti New Zealand akan bangkit untuk mencari kemenangan," tambahnya.

sumber

No comments:

Post a Comment