Malaysia mengalami kekalahan memalukan apabila dibelasah 7-1 oleh Thailand pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Futsal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2014 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam.
Jirawat Sornwichian meletakkan bekas naib juara dua kali itu di hadapan pada minit ke-11 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan beberapa saat kemudian menerusi jaringan Mohd Asmie Amir Zahari.
Bagaimanapun, Jirawat menghasilkan gol kedua pada minit ke-12 untuk membolehkan Thailand mendahului 2-1 pada babak pertama.
Thailand, di bawah bimbingan jurulatih Belanda, Victor Hermans, memulakan babak kedua dengan agresif apabila menambah lima lagi gol menerusi jaringan hatrik Suphawut pada minit ke-26, 28 dan minit ke-36, Wiwat (minit ke-31) dan gol sendiri oleh pemain simpanan Zubaidi Alwee pada minit ke-39.
Jurulatih negara Maizal Hairi Marzuki berkata, anak buahnya bermain dengan baik pada babak pertama tetapi hilang konsentrasi membawa padah pada babak kedua perlawanan.
"Saya mengingatkan pemain supaya mengekalkan prestasi seperti pada babak pertama dan tidak tahu apa yang berlaku pada babak kedua. Nampaknya Thailand mempunyai pemain bertaraf dunia," katanya seperti dipetik dalam laman sesawang AFC www.theafc.com.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Lubnan menewaskan Taiwan 8-5 untuk menghuni tangga kedua dalam kumpulan di belakang Thailand.
Malaysia akan bertemu Lubnan manakala Thailand menentang Taiwan, kedua-dua pertemuan pada Sabtu ini.
Sebanyak 20 pasukan dalam lima kumpulan bersaing dalam kejohanan tersebut dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir, Rabu depan.
Bernama
Slider
Recent Tube
"
});
liga super
epl
harimau malaya
piala fa
liga juara juara
Gallery
Friday, May 2, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pemain tengah Kelantan, Brendan Gan kini hanya memerlukan kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia FIFA untuk membolehkan dia mewakil...
-
Selepas mengharungi cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berd...
-
Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelangang sendiri apabila seri 3-3 kepada Felda United pada aksi separuh akhir pertama sainga...
-
Tan Wee Kiong / Goh V Shem muncul penyelamat negara apabila berjaya menyumbang mata kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Korea Selat...
No comments:
Post a Comment