Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Sunday, May 4, 2014

Selangor sekadar berkongsi mata dengan Terengganu di Shah Alam

Selangor sekadar berkongsi satu mata dengan Terengganu di laman sendiri apabila seri 0-0 dalam perlawanan Liga Super awal malam tadi di Stadium Shah Alam.

Kegagalan anak buah Mehmet Durokovic memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri menyebabkan mereka terlepas peluang memintas Pahang di puncak liga.

Selepas 14 perlawanan, Selangor kini di tempat kedua berkongsi mata dengan pendahulu liga, Pahang dengan 28 mata namun perbezaan jaringan memberi kelebihan kepada pasukan dari pantai timur itu berada di hadapan.

Terengganu kembali menyerlah

Selepas rehat panjang, Terengganu dilihat mendapat tonik baru untuk beraksi cemerlang malam tadi apabila banyak menguasai perlawanan sehingga berjaya mencuri satu mata di Shah Alam.

Terengganu yang berdepan masalah permainan tidak konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini tampak banyak berubah taktikal permainan dengan melakukan banyak gerakan bahaya dengan mempunyai beberapa peluang menarik melalui gandingan import baru mereka, Moustapha Dabo dan Javier Estupinan.

Terengganu mengutip 22 mata dalam 14 perlawanan, berkongsi mata dengan Sarawak namun skuad penyu menduduki tangga keempat liga dengan berkelebihan jaringan.

No comments:

Post a Comment