Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Wednesday, April 30, 2014

Terengganu FA diberi tambahan dua mata lonjak tangga keempat

Pasukan Terengganu diberi kemenangan pada perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sebelum itu, perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Skuad Penyu diberi tambahan dua mata sekaligus melonjak ke tangga keempat liga dan Kelantan ditolak satu mata kerana The Red Warriors menyenaraikan pemain yang sedang digantung perlawanan akibat tiga kad kuning.

Selepas menilai fakta yang dikemukakan, jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengetepikan bantahan daripada pasukan Terengganu dalam  perlawanan yang berlangsung menentang Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Osman Salleh berkata, pihak sekretariat juga telah  mengenal pasti satu kesalahan dari segi kelayakan pemain  Kelantan yang diturunkan.

“Kita telah mengenal pasti satu kesalahan telah berlaku  dari segi kelayakan pemain dan disebabkan itu jawatankuasa  menilai dengan pandangan yang dibuat oleh AFC.

"Jawatankuasa  perlawanan memberi Terengganu dengan keputusan 3-0 dan Kelantan  diberi amaran kerana menurunkan pemain yang tidak sepatutnya,” katanya.

Katanya dalam sistem SDMD, pasukan perlu melihat status  pemain sebelum menurunkan mereka dalam satu-satu perlawanan.

No comments:

Post a Comment