Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Wednesday, April 30, 2014

Real Madrid belasah Bayern Munich 4-0 untuk ke final Liga Juara-Juara

Real Madrid melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan penyandang juara Bayern Munich 4-0 pada separuh akhir kedua di di Allianz Arena, sebentar tadi.

Gol dihasilkan pada separuh masa pertama menerusi Sergio Ramos yang menyumbat dua gol pada minit ke-16 dan m-20 manakala Cristiano Ronaldo pada minit ke-34. Ronaldo sekali lagi cemerlang dengan meledak gol keduanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-90 menjadikan Real menang dengan agregat 5-0.

Lawan Real di final nanti akan ditentukan menerusi satu lagi separuh akhir kedua antara Chelsea dengan Atletico Madrid di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Ronaldo juga mencatat rekod baharu Liga Juara-Juara apabila menjaringkan gol ke-16 dalam satu musim.

Rekod jaringan terbanyak sebelum ini dipegang penyerang Barcelona, Lionel Messi iaitu 14 gol pada musim 2011-12 dan Jose Altafini 'Mazzola' dari AC Milan pada 1962-63.

No comments:

Post a Comment